Skip to content Skip to footer

Hamdan Shaarani

Artist

Brief info

Hamdan shaarani lahir di teluk Intan perak pada tahun 1967. Mendapat pendidikan seni d Uitm Shah Alam. Aktif berkarya bermula dari tahun 90an. Pernah mengadakan pameran solo di Galeri Pelita Hati dan di Galeri G13. Pernah juga mengadakan pameran di luar negara seperti di England, Singapore, dan Indonesia. Antara anugerah yang diperolehi adalah First Prize 'Kenyir Eco-Fest 99'. Honorable Mention, Philip Morris. First Prize, Drawing Composition,Lanskap Dan senibina Selangor. Consolation Prize, 'Formula Malaysia Contest'.

Siri Bias di adaptasi dari alam. Alam dan manusia dalam satu penyatuan…tidak boleh di pisah… saling memerlukan. Manusia harus memahami bahasa alam, cuba dekati alam dan belajar bahasa alam. Bahasa alam adalah bahasa Maha Pencipta. Alam harus di lihat dan di kaji dengan mendalam… melihat tersirat dan tersurat. Karya BIAS digarap menerusi pengamatan imej bayangan  pokok di atas permukaan  air dengan imej Kristal yang telah di abstrak. Imej bayangan ini merupakan metafora kepada pemikiran manusia. ‘Bayangan’ adalah ide pemikiran awalan di kotak minda. Kebiasaanya apa yang di ucap akan terbayang di minda. Otak berperanan mentafsirkan apa yang di perkatakan. Jika kata2 yang lahir merupakan kata2 positif ia akan mempegaruhi aura dalam badan.

Dalam badan manusia menggandungi 70% adalah unsur air. Diantara sifat air ia boleh merakam. Ini di buktikan oleh saintis Jepun Dr Masaru Emoto.  Air yang di uji dengan kata-kata positif menghasilkan rupabentuk molekul kristal yang indah. Air yang di ucap dengan kata-kata negetif tidak menghasilkan apa-apa corak dan kelihatan hancur serta buruk. Insan yang berfikiran positif sentiasa tenang dan sihat. Sihat minda maka sihatlah roh, sihatnya roh menambah tenaga positif dalam badan.Pemikiran positif dapat membantu aura dalam badan. Keperibadian yang baik lahir dari dalam diri seseorang itu.

Original painting from Hamdan Shaarani

Leave a comment

Registration

Forgotten Password?